serve

Thursday, September 2, 2010

cucur ikan bilis


Bahan bahan

  • ½ kg tepung gandum
  • 3 4 biji cili merah
  • Ikan bilis secukupnya
  • 1 2 biji bawang besar (dimayang)
  • 1 sudu teh garam
  • Air panas (mendidih) secukupnya untuk membancuh
  • ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :
  • Masukkan tepung, cili, ikan bilis dan bawang besar dalam mangkuk dan dibancuh dengan air
  • Bancuhan pekat tidak cair. Biarkan sejuk.
  • Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  • Gunakan sudu makan, masukkan adunan ke dalam kuali satu per satu hingga habis.
  • Goreng sehingga kekuning kuningan dengan api sederhana.
  • Angkat dan tos. Hidang bersama sos cili atau sos tomato.

Sedia untuk dihidangkan.

cek mek molek


Bahan bahan

  • 600 gram keledek (direbus dan dilecek)
  • 2 cawan tepung gandum
  • Gula (untuk inti)
  • Garam secukup rasa
  • ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :

  • Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam. Uli hingga jadi doh yang lembut.
  • Ambil 2 sudu makan dan leperkannya.
  • Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan gulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Goreng hingga kekuning kuningan dan angkat.

Sedia untuk dihidangkan.

burger malaysia


Bahanbahan

Untuk sambal :

  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan (bakar)
  • 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
  • ½ cawan ikan bilis
  • 2 sudu makan gula merah
  • ½ cawan jus asam jawa
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
Untuk doh:

  • 250g tepung gandum
  • 120ml susu/ air
  • 2 sudu besar margerin
  • 2 ½ sudu besar gula halus
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu teh yis
  • ½ 1kg minyak masak (untukmenggoreng )
  • ½ biji timun ( dipotong nipis)
Cara :

  • Untuk sambal:
  • Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuningkuningan.
  • Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.
  • Masukkan gula merah, gula pasr dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.
  • Angkat dan ketepikan.


Untuk kuih:

  • Masukkan ke dalam mangkuk bahan 1 hingga 6. Uli doh sehingga tak melekat.
  • Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  • Tumbuk tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
  • Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
  • Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  • Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
  • Belah 2 doh yang (jangan sampai terputus). Isikan dengan sambal bilis dan juga
  • timun.
Sedia untuk dihidangkan.

badak berendam


Bahanbahan
:
1) ½ bungkus tepung pulut
2) 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
3) ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
4) 3 cawan santan
5) 1 cawan gula merah
6) 1 cawan air
7) 1 sudu teh garam


Cara :
1) Kelapa parut digaul denagn gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
2) Panaskan kukusan.
3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang
lembut.
4) Bentukkan doh lembut bulatbulat
dan isi inti di dalamnya.
5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.
6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
7) Kemudian kukus hingga masak.
8) Sejukkan.
Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, August 31, 2010

terubuk kukus


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan terubuk masin - dipotong 3 hingga 4 bahagian
2 batang serai - dihiris
Sedikit halia - dihiris
Sedikit lengkuas - dihiris
Serbuk perasa
Garam

CARA MEMBUATNYA:

1. Letakkan kesemua bahan yang telah dihiris bersama ikan terubuk.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa.
3. Kukus sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Percik


BAHAN- BAHAN

•400 gram ayam
•50 gram halia
•50 gram lengkuas
•40 gram serai
•10 gram kunyit hidup
•100 gram bawang merah
•60 gram bawang putih
•5 gram daun kunyit

CARA MEMBUATNYA:

1. Ayam dipotong mengikut cita rasa kemudian perapkan bersama dengan bahan yang dikisar serta dengan daun kunyit selama 45 minit.

2. Bakar ayam dalam ketuhar pada suhu 180 ÂșC selama 30 minit.

3. Apabila ayam telah masak, biarkan ia sejuk dahulu sebelum dihidangkan bersama dengan nasi yang panas
SELAMAT MENCUBA~~

Thursday, August 19, 2010

Tom Yam...


Bahan-Bahan:

  • - 150 gm mee kuning (atau mee hoon atau kuew tiew)
  • - 100 gm daging ayam
  • - 100 gm udang
  • - 100 gm sotong / ketam
  • - 100 gm bunga kobis
  • - 1 biji tomato (dibelah)
  • - 1 biji bawang besar (dihiris)
  • - 2 batang serai (diketuk)
  • - 8 biji cili padi (diketuk)
  • - 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • - 1 sudu besar pes tomyam
  • - 2 helai daun limau purut
  • - 1 biji limau nipis (ambil jus ajer, jgn amik kulit pulok)
  • - Air & garam secukupnya
  • - Minyak masak


Cara memasak:

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Lepas tu, tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan air, daging, serai & cili padi. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sotong (ketam), kobis bunga, tomato, bawang besar & pes tomyam. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam & air limau nipis. Akhir sekali, masukkan mee kuning (atau mee hoon atau kuew tiew) & masak selama 3 minit.

Selepas itu, barulah Tom Yam siap untuk santapan.

Selamat mencuba! :-) nikmati bersama keluarga

p:s jika andak sukakan sayur yg byk..campurkan pelbagai jenis sayur seperti kubis,carrot dan etc.