serve

Thursday, August 19, 2010

Tom Yam...


Bahan-Bahan:

  • - 150 gm mee kuning (atau mee hoon atau kuew tiew)
  • - 100 gm daging ayam
  • - 100 gm udang
  • - 100 gm sotong / ketam
  • - 100 gm bunga kobis
  • - 1 biji tomato (dibelah)
  • - 1 biji bawang besar (dihiris)
  • - 2 batang serai (diketuk)
  • - 8 biji cili padi (diketuk)
  • - 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • - 1 sudu besar pes tomyam
  • - 2 helai daun limau purut
  • - 1 biji limau nipis (ambil jus ajer, jgn amik kulit pulok)
  • - Air & garam secukupnya
  • - Minyak masak


Cara memasak:

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Lepas tu, tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan air, daging, serai & cili padi. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sotong (ketam), kobis bunga, tomato, bawang besar & pes tomyam. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam & air limau nipis. Akhir sekali, masukkan mee kuning (atau mee hoon atau kuew tiew) & masak selama 3 minit.

Selepas itu, barulah Tom Yam siap untuk santapan.

Selamat mencuba! :-) nikmati bersama keluarga

p:s jika andak sukakan sayur yg byk..campurkan pelbagai jenis sayur seperti kubis,carrot dan etc.

2 comments:

  1. Tak yah masuk mee dlm tue.. cukup kalau celur dgn air panas.. nak la terlalu lembut mee tu. hehe

    ReplyDelete
  2. terpulang kepada sesapa yg nak rasa mee tuh cm ne..kaloo saya ske masukkan

    ReplyDelete