serve

Tuesday, August 31, 2010

terubuk kukus


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan terubuk masin - dipotong 3 hingga 4 bahagian
2 batang serai - dihiris
Sedikit halia - dihiris
Sedikit lengkuas - dihiris
Serbuk perasa
Garam

CARA MEMBUATNYA:

1. Letakkan kesemua bahan yang telah dihiris bersama ikan terubuk.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa.
3. Kukus sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Percik


BAHAN- BAHAN

•400 gram ayam
•50 gram halia
•50 gram lengkuas
•40 gram serai
•10 gram kunyit hidup
•100 gram bawang merah
•60 gram bawang putih
•5 gram daun kunyit

CARA MEMBUATNYA:

1. Ayam dipotong mengikut cita rasa kemudian perapkan bersama dengan bahan yang dikisar serta dengan daun kunyit selama 45 minit.

2. Bakar ayam dalam ketuhar pada suhu 180 ÂșC selama 30 minit.

3. Apabila ayam telah masak, biarkan ia sejuk dahulu sebelum dihidangkan bersama dengan nasi yang panas
SELAMAT MENCUBA~~

Thursday, August 19, 2010

Tom Yam...


Bahan-Bahan:

  • - 150 gm mee kuning (atau mee hoon atau kuew tiew)
  • - 100 gm daging ayam
  • - 100 gm udang
  • - 100 gm sotong / ketam
  • - 100 gm bunga kobis
  • - 1 biji tomato (dibelah)
  • - 1 biji bawang besar (dihiris)
  • - 2 batang serai (diketuk)
  • - 8 biji cili padi (diketuk)
  • - 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • - 1 sudu besar pes tomyam
  • - 2 helai daun limau purut
  • - 1 biji limau nipis (ambil jus ajer, jgn amik kulit pulok)
  • - Air & garam secukupnya
  • - Minyak masak


Cara memasak:

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Lepas tu, tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan air, daging, serai & cili padi. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sotong (ketam), kobis bunga, tomato, bawang besar & pes tomyam. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam & air limau nipis. Akhir sekali, masukkan mee kuning (atau mee hoon atau kuew tiew) & masak selama 3 minit.

Selepas itu, barulah Tom Yam siap untuk santapan.

Selamat mencuba! :-) nikmati bersama keluarga

p:s jika andak sukakan sayur yg byk..campurkan pelbagai jenis sayur seperti kubis,carrot dan etc.

Nasi Dagang~meh kita ke pantai timur


Bahan untuk Nasi:



2 cwn beras basmati
1/2 cwn beras pulut
1/2 cwn beras wangi
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba

Cara2:
Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian turas@ tos .
Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba. Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu.
sudah boleh la dihidangkan.
tapi tak lengkap tanpa jelatah dan ikan


Jelatah




senang sgt...sesapa leh buat

Bahan2:

Timun
Lobak
Bawang besar (hiris baji @ dadu..terlunag kepada citarasa anda)
1 btg cili merah
1 sudu cuka
1 sudu gula
secubit garam

Potong memanjang timun,lobak & cili merah.Kemudian , gaulkan dgn bwg. Masukkan cuka,gula & garam. itu saja..mudah senang,,,siap makan..hehehhe

dan satu lagi

Gulai Ikan




Bahan-bahan:

1/2 ekor ikan tenggiri besar @ ikan kayu
6 biji bawang merah (1 biji bawang besar)
1 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (1 sudu besar serbuk kunyit)
2 sudu makan kerisik
2 mangkuk santan pekat (1 tin santan)
2 sudu besar cili kering kisar
3 keping asam gelugur
Minyak utk menumis
Air secukupnya
Garam, gula

Cara-cara:

Potong ikan ikut suka, cuci & toskan. Kemudian rebus ikan dalam periuk. Letakkan air separas ikan. Masukkan asam gelugur & sedikit garam. Tunggu hingga air kering. Tutup api.

Tumbuk bawang merah, bawang putih & kunyit. Lengkuas & halia dihiris nipis.
Masukkan minyak dalam kuali, tumis cili kisar & bahan2 yg telah ditumbuk td.
Masukkan lengkuas, halia & kerisik.
Gaulkan sekejap, kemudian masukkan santan.
Tunggu sehingga santan mendidih baru masukkan ikan bersama air rebusannya sekali. Masukkan garam & gula.Masak sebentar, tutup api & sedia utk dihidangkan.

Selamat mencuba..agar ramadhan anda lebih bermakna

puding kastard jagung


bahan2

1 tin jagung manis(jgn buang tin untuk sukat bahan2 lain)
1 tin tepung kastard
1 tin tepung jagung
4 tin air
1 tin susu cair
1 1/2 tin gula (ikut kepada tahap kemanisan yg anda inginkan)
campurkan sedikit garam

cara memasak

campur semua bahan dalam periuk
kacau perlahan2 di atas api yg sederhana
sehingga semua adunan tadi kelihatan berminyak
dan tidak melekat pada senduk anda
tuang ke dalam loyang atau bekas dan sejukkan dalam peti ais

selamat menjamu selera..jadikan judah berbuka anda leih ceria