serve

Tuesday, July 13, 2010

laksa penang


Bahan-bahan:

1 kg ikan kembung@sardin
400 gm laksa di rebus
1 inci belacan
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
100 gm udang kering
100 gm cili kering
2 kuntum bunga kantan – hiris nipis
1 ikat daun kesum
secukupnya asam keping
3 biji telur – rebus dan belah 2
3 biji cili merah –hiris nipis
sedikit nenas- hiris nipis
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Rebuskan ikan. Ambil isinya dan kisar.
2. Kisar bawang putih, belacan, bawang merah, cili kering dan udang.
3. Masukkan ikan dan semua bahan yang dikisar kedalam periuk.
4. Tambah 2 mangkuk air. Tambah garam, gula, bunga kantan, asam keping dan daun kesum Masak selama lebih kurang
20 minit.
6. Letak sedikit laksa dalam mangkuk, cili, telur, hirisan nenas dan limau kasturi. Tuang kuah laksa secukupnya. Sedia
untuk dimakan.

mudah dan senang...selamat mencuba

Friday, July 9, 2010

tempe pedas


BAHAN-BAHAN:


5-7 keping tempe (potong dadu)(mengikut bilangn oarg yang nak makan..eheh)
2-3 biji kentang (potong dadu)
2 paket kecil suhun (rendam)
1 labu bawang besar (hiris)
10 tangkai cili kering (kisar)
2 keping pucuk
Garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:

1. Goreng tempe dan kentang hingga masak. Ketepikan.

2. Tumis cili kering dan bawang besar hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan tempe dan kentang.

4. last sekali, masukkan suhun, pucuk dan garam secukup rasa.
Kacau hingga rata

kuih gulung @ ketayap


Bahan-bahan ( 3-5 orang )

* utk kulit
* 1 cawan tepung gandum
* 2 biji telur
* 2 helai daun pandan
* 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
* 1 1/2 sudu kecil garam
* 2 sudu besar minyak masak
* Beberapa titik pewarna hijau
* utk inti
* 1/2 biji kelapa parut
* 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
* 1 helai daun pandan

Cara-cara

1. untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

2. Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika if korang santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau,kaloo korang nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.

3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.

selamat mencuba..dan rasailah hasil anda

Thursday, July 8, 2010

mini martabak


senang je nak masak mini martabak...and bahan2pun senang nak cari...

bahan2 untuk ditumis

-6 ketul kentang (1 biji kentang leh hasilkan 7 biji mini martabak)
-daging @ ayam @ sosej (mengikut citarasa anda)
-1 bungkus serbuk kari
-garam secukup rasa
-10 ulas bawang putih + 7 biji bawang merah + sepotong halia

cara-cara menumis

tumis macam kita masak kari,tumis bawang bersama halia. kemudian masukkan serbuk kari bersama kentang yang di potong dadu dan daging.pastikan kentang serta daging betul2 empuk dan masak.

bahan-bahan membungkus
-5-6 biji bawang besar di potong dadu
-beberapa biji telur mengikut keperluan anda
-1 bungkus kulit popia

cara-cara membungkus dan goreng
-adunkan kari tadi bersama telur dan bawang besar
-bentang kulit popia dan letakkan adunan tadi
-bungkus dan goreng (gunakan minyak yang sedikit)
-sedap dihidang ketika panas2


selamat mencuba..dan rasailah hasil anda

1st post

salam....
hari nih saya buat blog ini bertujuan untuk membantu rakan2 yang inginkan pelbagai resipi malaysia...selamat memasak dengan riang